Blogger Backgrounds

Followers

Tuesday, June 28, 2011

CHOCLATE INDULGENCE CAKE......~~

emm.....mengidam CHOCLATE INDULGENCE CAKE....
padahal baru je mkn 2 ari lepas....
sedapnye la kek nie.....nak lagi!!!!!!!!!!!!!!!!



sedapnye........yemeyyyy!!!!!!!!!!!!!
sok nak cari lg....hehe

Monday, June 27, 2011

kadang-kadang...................



Kadang-kadang kita lupa nak tanya khabar si dia

Kadang-kadang kita selalu ingat dia tak ingat kita

Kadang-kadang kita selalu lupa segala kenangan bersama

Kadang-kadang kita hanya ingin tahu daripada mengambil tahu

Kadang-kadang kita hanya pandai berkata-kata daripada melakukannya

Kadang-kadang kita tak sedar yang ramai orang menyayangi kita

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita sakitkan hati kawan kita

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita membuatkan seseorang kecewa

Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita katakan itu yang kita lakukan

Kadang-kadang kita tak tahu ada yang ambil berat tentang kita

Kadang-kadang kita tak tahu yang dia tak suka kita

Kadang-kadang kita tak tau pula yang serius itu benar-benar serius

Kadang-kadang kita tak respect kawan kita yang banyak membantu kita

Kadang-kadang kita hanya akan ingat seseorang bila kita memerlukan

Kadang-kadang kita akan lupa kawan bila kita sedang gembira

Kadang-kadang kita akan menyalahkan seseorang jika ketinggalan sesuatu berita

Kadang-kadang kita akan menyalahkan seseorang walhal kesalahan itu berpunca daripada kita

Kadang-kadang kita akan utamakan yang baru daripada yang lama

Kadang-kadang kita akan tersentap kalau si dia menegur kita

Kadang-kadang kita cakap kita takkan begitu padahal kita lakukan juga

Kadang-kadang kita cuba melakukan yang terbaik padahal kita menyusahkan orang lain

Kadang-kadang kita suka memerhati daripada kita menegur

Kadang-kadang kita mengharapkan pertolongan tanpa kita meluahkannya

Kadang-kadang kita sentiasa kelihatan happy padahal hanya kita saja yang tahu

Kadang-kadang kita hanya nampak kesalahan orang lain daripada kesalahan diri kita

Kadang-kadang kita senang lupa jasa sahabat kita akibat sesuatu pertelingkahan kecil sahaja

Kadang-kadang kita selalu ingat kita saja betul

Kadang-kadang kita sukar mendengar pendapat orang lain

Kadang-kadang kita selalu fikir sesuatu yang serius itu sesuatu yang remeh temeh

Kadang-kadang kita terlalu berfikiran singkat tanpa memikirkan kesudahannya..






Sesungguhnya kite tak penah sedar bahawa CINTA itu banyak mengajar kite erti kehidupan ini..erti hubungan,erti kesunyian,erti kerinduan,erti keikhlasan dalam hubungan dan banyak lagi....

kite bukannye manusia PERFECT dalam segala hal,banyak kekurangan yang ada dalam diri kite sama ada kite sedar atau tidak yang mane perlu kite tupop dari mase ke semase... 

walau apapun..kite perlu tahu bahawa...ALLAH S.W.T SAYANG KAT KITE SEMUA....


Tuesday, June 21, 2011

new life.....




new life!!!
sy perlu mulakan hidup baru...
lebih focus...
lebih independent...
lebih baik...
dari yang sebelum nie......


pengalaman mmg mematangkan kita...
sy bersyukur dgn ujian yg Allah berikan pd kte....
amin..


i know i'm not a gud person for everyone,
 but i try to be a more gud person after diz...
hopefully, i can......^_^

Saturday, June 18, 2011

JODOH ITU KETENTUAN TUHAN

Bercerita tentang jodoh...semua org mengimpikan jodoh yang baik dan sempurna....tp bagaimana kita nak tau dia jodoh kita or bukan...


mari kita kaji ye benarkah dia jodoh kita...betul atau tidak???? Wallahualam....semua tu kerja Allah yang mengatur setiap pertemuan.....





Gunakan Akal & Ikut Gerak Hati

(Dipetik daripada hasil perbincangan dalam forum mesra.net. Disusun oleh Che Ahmad)


Manusia hanya menggunakan 15% daripada akalnya dan 85% daripada hatinya dalam mencari rumusan atau jawapan, cuma, bagaimana Akal dan Hati itu berfungsi ianya bergantung kepada manusia itu sendiri. Adakah kita dalam keadaan tenang ketika mencari jawapan ataupun dalam keadaan resah dan gelisah menanti jawapan yang tidak pasti? Adakah si dia insan yang menjadi pilihan hati itu jodoh kita?


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan Yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.


Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1) Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2) Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3) Terima kita seadanya 
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4) Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5) Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6) Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7) Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8) Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9) Kata hati Dengarlah kata hati.
 Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10) Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.





“Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”



kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan......~~

Friday, June 17, 2011

Model Myvi Baru...

emm....myvi dah berwajah baru....
geram lak tgk, dah la kaler purple.....
kalo kuar awal2 dlu sure cek beli.....hahaha
nie kuar skrg lak....kuda putih ku nak campak mane....sabo jerla....hihi
jom layan model baru myvi nie....
nice sgt2....^_^






Spefikasi untuk model baru ini seperti berikut :
EPS: Electronic Power Steering
ABS with EBD & BA System
The latest modern new design: Projector headlamp
Dual SRS Air bags (All variant)
Automatic Shift lock part
ISO Fix Child Restraint System
3 point rear seatbelt
Pre tensioner Seat belt with force limiter
Dash mounted gear shift
Electronic retractable side mirror
Fuel efficient
Built in GPS with DVD Player, MP3, USB, and Bluetooth
Pilihan warna baru :
Ungu Mystical, 
Hitam Ebony, 
Kelabu Medallion, 
Kelabu Glittering,
Putih Pearl
Putih Ivory 

jom oder!!! hahaha mcm byk wit lak kan....hahaha

Wednesday, June 15, 2011

20 Perkara Perempuan Tidak Suka




untuk lelaki2 di luar sana....hahaha selamat membace ye.....=)




1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-gerikekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?


3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain
kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!


4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri
sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda
berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah.
Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.


6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.


8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.


9. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!




10. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi,
mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!


11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelakiselalunya tidak mahu mengalah dan ingin  menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan
kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.


12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika
berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.


13. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah
perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!


14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja
dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…


15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama
berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?


17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepakataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah,
jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.


20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!



info nie sy pnjam dr page RAHSIA KEHIDUPAN......http://www.esempoi.com/artikel/tips-untuk-lelaki/20-perkara-perempuan-tidak-suka/ 
THANX A LOT!!!!

Tuesday, June 14, 2011

6 Reasons Why Sweet To Be Single.....

ok....ari ni kte nak kaji cte pasal 'SINGLE'!!!! best ke xbest????? sweet kerr???.... huhu
jomm kte layannn "6 reasons why sweet to be SINGLE!!!!! ^_^



1. Bebas dan berdikari
 Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.


2. Jadi rakan yang baik
 Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.


3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
 Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.


4. Kuat keuntungan dengan part-time
 Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.


5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.


6. Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.



Artikel cinta yg agak menarik ini disampaikan oleh silver planet di Forum Tentang Cinta.
thanx a lot....... terbaikkkkk!!!!!!!!!! ^_^

Monday, June 13, 2011

wajah baru......^_^

yuhuuu....
arini start masuk keje.....
tp xtau nak watpe....ayah ku xbg keje lg....
so masuk dok saje jer la.....hahaha

 dah tahap bosan sgt2.....
ape lg, cek update blog r....hahaha
tkr wajah baru ckt.....
pening palo den nak pilih mane 1.....

akhirnye.....ku pilih yg nie....rase sweet sgt2....
gegurl kottttt...............xleh blah....=)
tp rase nice sgt2....kan..kan...kan...
ape komen kamu...hahaha

 
nway,thanx kat http://dottydotdotdesign1.blogspot.com/
sbb kuar kan background yg cntik2..haha
terbaikkkkkkk........


hahaha ble dah bosan tahap gaban, nie la jd nye......
bosannnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!

Sunday, June 12, 2011

Mengapa perlu ditangisi.....



Firman ALLAH SWT :
“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya).
” (Surah Al-Balad: 4)


“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi yang cantik”


“Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.”


“kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi..”




 "semoga aku lebih tabah menghadapi dugaan yang mendatang...insyaallah"


Thursday, June 9, 2011

tanpamu...........

akhirnya.....
dia mmg bukan milikku...
tanpamu hidupku bagai mlm tanpa bintang.....=(

semoga ak terus tabah...
jauh lagi perjalanan hidup yg penuh berliku nie....
tiada jodoh antara kita...
semoga kau bahagia bersamanye....

mungkin ada hikmah disebalik semua nie,
mungkin ade yg lebih baik untuk ku,
mungkin ade sesuatu yg Allah rahsia kan dr ku....


dugaan yg betul2 mematangkan ku....
dugaan yg mengajar utk berdiri atas kaki sendiri...
dugaan yg memerlukan ak belajar berdikari sendiri "tanpamu......!!!!!!!".

semoga semua kenangan antara kta menjadi suatu kenangan yg terindah!!!!!


"......Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang....."


Wednesday, June 8, 2011

ohhh!!! BAKSIS!!!




salam...
lame dah xupdate blog, bz sgt2....pnt pon xilang lg....
baru abis baksis yg sgt best...sgt menyeronokan.....
syg lak rase nak tglkan kg 2....





mak n pak ngah yg baik...adik yg sgt sporting...
miss u adik!!!! ^_^


























byk sgt gmbr kalo nak upload....
dlm fb jer dah beratus...haha
yg penting mmg best!!!!








byk sgt kenangan manis kat sane...xrugi g.....
dpt lak kwn2 baru....
jem, ustaz, zam, naz n akma....
huhu...



















paling best pas baksis lepak kat kuala perlis....
terbaikkkkk la....
siap calabrate besday zul lg....
thanx korang sbb sgt2 sporting!!!!






















ok, last sekali layan r pic sepanjang program kat sane!!! 
terbaikkkkk der....!!! =)














walaupun banyak dugaan sebelum program akhirnya berjaya dengan sempurnanye....
congrate to all of u....
ada hikmah disebalik kesulitan yg kte hadapi...
terbaikkkk!!!!
tahniah DPP MISC + SILAT GAYUNG UUM......^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...