Persahabatan itu indah...
Lebih indah jika disulami keihklasan, kejujuran dan kepercayaan...
Kadang-kadang kita terleka...
Kita tidak sedar akan kehadiran orang yang benar-benar menjadi SAHABAT kita....
Sedangkan orang itu berada di hadapan kita...
Dia tempat kita mengadu...
Dia tempat kita memerlukan semangat...
Dia tempat kita bergelak ketawa...
Dia mengenali diri kita lebih dari orang lain...
Tapi, kita cuai!!!
Melepaskan Dia pergi...
Tanpa kita sedar diri sendiri yang terseksa akan kehilangannya...
Tiada lagi tempat berkongsi segalanya....
Tanpa sedar, kita telah melukakan hatinya...
Dia pergi tanpa khabar berita...
Hilang tanpa suara....
Adakah hatinya benar-benar terluka dengan sikap kita???
Diri ini ingin menjadi sepeti kamu...
Kuat dan tabah mengharungi dugaan hidup...
Tidak menghiraukan segala kutukan mahupun kata-kata fitnah dari orang lain...
Namun....
Ternyata diri ini tidak mampu dan tidak layak menjadi seperti kamu...
Maafkan diri ini andai kamu masih terasa...
Tiada niat untuk bersikap demikian terhadap kamu...
Setiap kali memikirkan tentang kamu...
Air mata ini jatuh menyembah bumi...
Mungkin diri ini bodoh menangis kerana kamu...
Namun...
Kamu SAHABAT sejati yang sukar dicari ganti...
Semoga kamu baik-baik sahaja di sana...
Dan kejarlah cita-cita yang kamu impikan selama ini...
Walau kamu pergi menghilangkan diri....
Kamu tetap dalam ingatan ini...
Andai diri ini terjumpa kamu suatu hari nanti...
Biarlah hanya melihat kamu dari jauh...
Terima kasih SAHABAT...!!!
~Sahabat yang baik umpama permata bersinar anugerah dariNya. Hargailah ia...~
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.....