Kadang-kadang , aku menangis sendirian..
Menangis mengenangkan diri yang semakin hari semakin terasa jauh dari rahmat dan kasih sayang Mu..
Kadang-kadang diri letih dengan mainan dunia dan ingin menangis untuk tenangkan hati tapi aku cuba menahan selagi boleh,kerana air mata bukan penyelesaiannya..
Diri ini tidak sesekali mahu mengeluh dengan ujian-ujian ini ya Allah..
“……dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” – Yusuf:87
Ya Allah, di mana seharusnya aku melabuhkan rasa rindu ini..Andai diri ini terlalu sibuk menguruskan hal-hal duniawi..Kembalikan semangatku...Aku tidak mahu menjadi insan yang lemah...
4 comments:
be strong yeh~~~ sandarkan harapan yang tak putus-putus padaNYA, hanya pada DIA.:) salam kenal.
yeahh..menangis tu adakala perlu untuk kita cipta kembali kekuatan...jadi,xusah ditahan jika mahu menangis...mengadu padaNya..Dia selalu ada untuk kamu...=)
thanx kawan2...syg korang!! ^_^
alhamdulillah....apabila berduka kita kembali kepadaNya...:)
Post a Comment