Blogger Backgrounds

Followers

Tuesday, January 31, 2012

rindu...



rasanya ingin ku hentikan waktu..
biar rindu ini selalu ada padaku…
rinduku padamu...



Sunday, January 29, 2012

Cinta dan Persahabatan...





Antara Cinta dan Persahabatan...Mampukah anda membayangkan Persahabatan tanpa Cinta?

Persahabatan dan Cinta adalah teman baik kerana dimana ada Cinta, Persahabatan selalu berada disampingnya. Dan dimana Persahabatan berada, Cinta selalu tersenyum ceria dan tidak pernah meninggalkan Persahabatan. Pada suatu hari, Persahabatan mula berpikir bahawa Cinta telah membuat dirinya tidak mendapat perhatian lagi kerana Persahabatan menganggap Cinta lebih menarik daripada dirinya. 

Seandainya tidak ada Cinta, mungkin aku akan menjadi lebih terkenal, dan lebih banyak orang memberi perhatian kepadaku...? pikir si Persahabatan. Sejak hari itu, Persahabatan memusuhi Cinta. Ketika Cinta bermain bersama Persahabatan seperti selalu, Persahabatan akan menjauhi Cinta. Apabila Cinta bertanya kenapa Persahabatan menjauhi dirinya, Persahabatan hanya memalingkan wajahnya dan beredar pergi meninggalkan Cinta. Kesedihan pun menghampiri Cinta dan Cinta tidak sanggup menahan air matanya dan menangis. Kesedihan hanya dapat termangu memandang Cinta yang kehilangan teman baiknya.

Beberapa hari tanpa Cinta, Persahabatan mulai bergaul rapat dengan Kecewa, Putus asa, Kemarahan dan Kebencian. Persahabatan mulai kehilangan sifat manisnya dan orang-orang mulai tidak menyukai Persahabatan. Persahabatan mulai dijauhi dan tidak lagi disukai. Walaupun Persahabatan cantik, tetapi sifatnya mulai memuakkan. Persahabatan menyadari bahawa dirinya tidak lagi disukai lantaran banyak orang yang menjauhinya. Persahabatan mulai menyesali keadaannya, dan saat itulah Kesedihan melihat Persahabatan, dan menyampaikan kepada Cinta bahawa Persahabatan sedang dalam kedukaan.

Dengan segera Cinta berlari dan menghampiri Persahabatan. Saat Persahabatan melihat Cinta menghampiri dirinya, dengan air mata yang berlinang Persahabatan pun meluahkan seribu penyesalannya meninggalkan Cinta. Dipendekkan cerita, Persahabatan dan Cinta kembali menjadi teman baik. Persahabatan kembali kepada peribadi yang menyenangkan dan Cinta pun kembali tersenyum ceria. Semua orang melihat kembali kedua teman baik itu sebagai berkat dan anugerah dalam kehidupan. 

Mampukah Persahabatan tanpa Cinta? Mampukah Cinta tanpa Persahabatan? Sering kali ditemui banyak orang yang cuba memisahkan Persahabatan dan Cinta kerana mereka berfikir..? Kalau Persahabatan sudah disulami dengan Cinta, pasti akan jadi sulit!!?. Terutama bagi mereka yang menjalin persahabatan antara seorang lelaki dan wanita.

Persahabatan merupakan bentuk hubungan yang indah antara manusia, di mana Cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai Persahabatan. Tanpa Cinta, Persahabatan mungkin akan diisi dengan Kecewa, Benci, Marah dan berbagai hal yang membuat Persahabatan tidak lagi indah. Berhentilah membuat batas antara Cinta dan Persahabatan, biarkan mereka tetap menjadi Teman baik. Yang harus diluruskan adalah Cinta bukanlah perosak Persahabatan, Cinta memperindah persahabatan anda. Seringkali Cinta cuma dijadikan kambing hitam sebagai perosak sebuah persahabatan. SALAH BESAR !!! 

Seharusnya dengan adanya Cinta, persahabatan akan semakin menyenangkan. Buat teman-teman yang sedang menjalin Persahabatan. Penuhilah persahabatanmu dengan Cinta, berikanlah Cinta yang terbaik untuk sahabatmu. Buat teman-teman yang sedang mengalami masalah dalam persahabatan, jangan salahkan Cinta! Tetapi cubalah perbaiki persahabatanmu dengan cinta kerana cinta akan menutupi segala kesalahan dan membuat segala sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin. Buat teman-teman yang belum mengerti erti Persahabatan, cubalah memulai sebuah persahabatan. Dengan persahabatan kita akan semakin dewasa dan belajar untuk mengerti erti sebuah Persahabatan dan Cinta!!!! ^_^

 "Semaikan kejujuran dan keikhlasan dalam memupuk erti sebuah persahabatan.."


nota kaki: gambar sekadar hiasan dan sumber dr blog rakan!!...hihi 


Saturday, January 28, 2012

Bff...!!



"Friendship is like a star..you don't see it's light in the the brightness of prosperity, but in the darkness of adversity.."



Persahabatan sering disalah ertikan....lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan lelaki dan perempuan...hanya yang benar-benar memahami mampu untuk menilai erti sebuah persahabatan sebenar...~~
We are best friend not more than that..^_^



friends come and go..but appreciate them who still remain in your life =)
thanx 4 everything !!! =)



Friday, January 27, 2012

Baksis 2012...

As salam...
Alhamdulillah...selesai sudah PROGRAM BAKSIS PERDANA 2012...

| Tarikh : 23-26 Januari 2012 |
| Tempat : Felda Bukit Rokan, Bahau Negeri Sembilan |
| Anjuran : DPP MISC, UUM |

org lain dah sibuk bercuti tp kami tetap gagah pi program kat tempat org...hehe nie baksis ke 4 sy join!! ramai dah mak angkt ku....^_^ xde pe nak cte sangat tp baksis kali nie agak best gak la...n agak sedih nak tinggal kan ibu!! miss u ibu!! =( insyaallah kalo ade mase kak long, kak ngah, kak chik n kak su dtg melawat ibu k.....cyg ibu !! ^_^

thanx warga Felda Bukit Rokan...terbaik la!!! 




with ibu n adik!! =)

team zapin misc...

team dikir barat !! terbaik laa...

berboria pulak..hihi

program kembara ilmu pelajar sek menengah...


kembara ilmu bersama adik2 UPSR...^_^

lawan bola sepak ngn org kg!! kalah kott...hihi

futsal gurl2!! hihi



gambar2 lain akan diupload ke FB ye...hihi
tahniah pada semua yg menjayakan program nie....^_^



Saturday, January 21, 2012

Sepetang bersama....=)

Salam...
sebelum balik cuti sem nak update ckt...hihi
sepetang bersama kak ngah n kak chik ku cyg !!! nie adk beradik lain mak, lain bapak....huhu cyg2 ku...=)

plan nak amik gmbr utk BAKSIS je....tp lain lak jadinye...hahaha pantang jumpe kamera kott!! ngee...~~
lokasi DPP MISC n TASIK UUM yg xberape nak tasik skrg nie...huhu
atik and ima !!!





berjalan ke tasik lak...!! dan lagi kan time exam nie!! hahaha
pos hantam je sume....lalala









n last skali !!! nie la dia photographer kami !!! cik ana @ kak ngah !!! ^__^
thanx ye kak ngah sanggup melayan kak long n kak chik bergambar sakan!! hihi
miss u so much !!



Saturday, January 14, 2012

Percintaan ini.....




Masih terbayang di ruangan mataku
Saat indah bersamamu dulu
Masihku ingat janji manismu
Bertakhta di hatiku

Di kala itu engkau lah bintang
Menyuluh malam yang kegelapan
Tetapi kini tiada lagi
Tinggal aku sendiri

Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu

Sia–sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncaknya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata..


Semua Perkara Bersebab...




Cinta mmg tak dapat nak dipisahkan kerana ianya fitrah kehidupan...
 kita mmg tak boleh salahkan sesiapa kalau kita cintakan seseorang..
cinta la mereka seadanya...
cinta kepada Allah yang perlu di utamakan...
cinta manusia telah ditetapkan oleh Allah...
cinta tak perlu di cari.. kerana cinta yang di cari bukan la cinta yang sejati..
dan mungkin ada orang yang lebih baik dari dia untuk kita..
percayalah.. cinta yang telah Allah tetapkan akan muncul..
dan ingatlah.. jika tiba saat itu..
 cintalah mereka mengikut cara yang telah ditetapkan olehNya..
terimalah jika dia bukan ditakdirkan untuk kita...
kerana semua perkara yang berlaku bersebab...
dan siapa kita untuk menidakkannya...
jangan letak tanda soal dimana Allah telah meletakkan titik noktah....^_^




just for my lovely bff..^_^



Friday, January 13, 2012

Jodoh Rahsia Allah...



Betapa indahnya hidup kerana Allah menentukan segalanya rahsia, bukan hanya jodoh namun saat seterusnya jua tiada dalam pengetahuan hamba-hambaNya. Maka manusia hidup dalam keadaan sentiasa berusaha. InsyaAllah, keyakinan kepada ketentuanNya membawa kepada tawakal dan merasai indahnya redha. Allah tidak akan pernah menzalimi hamba-hambaNya. Yakinlah segalanya telah ditentukan masanya dan akan terlaksana pada masa yang terbaik.




Jodoh itu rahsia Allah...


SEKUAT mana kita SETIA..
SEHEBAT
mana kita MERANCANG..
SELAMA
mana kita MENUNGGU..
SEKERAS
mana kita BERSABAR..
SEJUJUR
mana kita MENERIMA DIRINYA..

Jika takdir ALLAH menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya,
Kita tidak akan bersama dengannya..
Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya..
Kita tetap akan bersama dirinya...

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut Nya, insyaALLAH. Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang. Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T ♥




"Yes I have right to love anyone I like, but the person too has right to love or dislikes me, as in this world, the true love destiny is fated not by me..."






Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday...






cute SMURFS from cute PERSON!!!
thanx my lovely bff "METHITIA".....cyg kamu!!!



Tuesday, January 10, 2012

miss u...

As salam...
saje nak bgtau kat someone..........!!!!




Menjauhkan diri tidak bermaksud saya benci kamu....
i'm gonna miss u....!!





Wednesday, January 4, 2012

Just smile !!





Kita mampu untuk sentiasa tersenyum pada orang yang kita sayang.....
tetapi kita tidak mampu menipu hati kita sendiri.....

i can smile for him but i cry for myself.....!!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...