Blogger Backgrounds

Followers

Tuesday, May 22, 2012

Bulan Rejab yang mulia..



Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang mulia dan banyak kelebihannya. Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bulan Allah. Sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku".


Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:- 

Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. 
Kedua: Bertaubat. 
Ketiga: Berpuasa. 
Keempat: Berdoa. 


sama-samalah kita tingkatkan amalan di bulan yang mulia ini....semoga segala amalan yang kita lakukan akan diberkati olehNya....insyaallah~





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...