Blogger Backgrounds

Followers

Monday, July 11, 2011

Kata-kata penuh bermakna....





ok!!! kali nie nak share ckt kata2 mutiara kat sini....
maybe ada kata2 yg dah selalu di gunakan....tp maybe ade yg xpernah dengar.....~~ rasanya kata2 nie antara kata2 yg menarik perhatian sy..... agak best kalo kita paham betul2 maksudnya.....^_^



  • Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan, dan percintaan tanpa pengorbanan dan tanpa kasih sayang adalah suatu pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagiaan.

  • Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira, tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira.

  • Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita, dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita, tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.

  • Keikhlasan seumpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam dan di malam yang gelap gelita, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya.

  • Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masaalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita.

  • Anyamlah buih-buih di lautan demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.

  • Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging.

  • Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali.


  • Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya akan membangkitkan cita-cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya.

  • Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri.

  • 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama-lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan.

  • Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata-kata yang melukakan.


  • Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati.

  • Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia.
  • Terbitnya kebaikan dari keburukan, dan terbitnya amalan dari pengetahuan.

  • Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan.

  • Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik daripada sejalan tetapi tidak sehaluan.

  • Sekeras-keras batu dapat dihancurkan oleh titisan air yang lembut. Begitu jua sekeras-keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut.

  • Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengah-tengah pipi masyarakat.

  • Seandainya hidup ini punca perpisahan… biarlah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memberi erti yang nyata.

  • Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat.

  • Rindu adalah suatu derita yang amat bahagia, kerana kerinduan itu sebahagian dari nafas cinta, tanpa kerinduan dan akan menjadi matang dan berpanjangan.

  • Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta sejati, ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling utama ialah orang yang tidak mempunyai hutang.

  • Semalam adalah suatu kenangan, dan hari ini adalah suatu kenyataan, manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di masa depan, dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah, tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan.

  • Berfikirlah sebelum berkata-kata, jangan berfikir sesudah berkata-kata, sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata-kata kita mendapatkan ramai kawan-kawan dan juga lawan.

  • Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda-benda yang kotor.



hope kata2 nie berguna pada kita....yg mana xelok, kita cuba perbaiki....
yang mana elok kita kekal kan....
selamat beramal....=)


nway, kata2 nie sy pijam dari kwn blog sy....
thanx ye....^_^



4 comments:

Ukhtifarhana said...

saya suka yg 3terakhir..hehehe..

are_tik25 said...

sy suke sume sbb 2 sy post!!! hehe

Shah Blogger Profile Test said...

eheee dah agak. dgr b/ground music pon dah dpt teka empunya blog lebih pd unsur melankonik...
nice.
suka semua..
suka kata2 puitis indah,

-kata-kata adalah dimensi keindahan santapan manikam-

ngeee

are_tik25 said...

melankonik?? hehe.....agak la..lagu nie pd sy cukup indah melodinye...kan??hihi

sy pon suke kata2 indah mcm nie...^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...