Salam...
sempena bulan puasa yang mulia nie, sy nak berkongsi ckt mengenai perkara SUNAT, MAKRUH dan yang MEMBATALKAN Puasa....ape yg sunat?? makruh lak camne?? yg paling perlu dijauhkan yg batal kan puasa kte.....perkara nie mesti ramai yang dah tahu, tp xsalah utk kte berkongsi semula kan...yang mane baik kte lakukan, yg buruk pula cuba kte tinggal.....sesungguhnya puasa adalah pendinding daripada kemurkaan Allah S.W.T...
Ø PERKARA-PERKARA SUNAT SEMASA PUASA :
a) membanyakkan membaca al-Quran
b) mandi junub sebelum fajar
c) melewatkan sahur waktu imsak
d) berbuka dengan buah tamar dan benda manis
e) membanyakkan sedekah
f) solat terawih
g) segera berbuka bila masuk waktu
Ø PERKARA-PERKARA MAKRUH SEMASA PUASA :
a) berkumur-kumur dengan keterlaluan
b) merasa makanan dengan lidah
c) bercakap perkara-perkara buruk dan keji
d) memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
e) gosok gigi setelah gelincir matahari
f) mencium isteri
g) menderma darah
Ø PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA :
a) makan dan minum dengan sengaja
b) mengeluarkan air mani dengan sengaja
c) haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
d) muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
e) melakukan persetubuhan
f) gila walaupun sebentar
g) murtad
h) berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib
Ø PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA :
a) Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
b) Bersuntik
c) Tidur walaupun sepanjang hari
d) Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
e) Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja
RENUNG-RENUNGKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL...^_^
5 comments:
thanx share info ni :)
same2..=)
nice blog...thanks for the info..follow me back kayh??
time kasih pasal info..
same2...yg baik kte teruskan , yg buruk kte tgl kan k...^_^
Post a Comment